Setelah cuti sekolah sudah tamat, saya rasa sedikit sedih. Saya masih rasakan keseronokan sewaktu cuti sekolah. Boleh bangun tidur lambat, tidak ada banyak sangat kerja sekolah, boleh main komputer, dan sebagainya. Setelah sekolah telah dibuka semula, saya macam masih rasa gembira kerana dapat bertemu sahabat-sahabat saya yang boleh dikatakan sebulan tidak bertemu. Apabila saya berada di sekolah, saya pun berasa sedikit pelik kerana guru-guru subjek saya pun sudah lain, kecuali guru subjek Geography dan bahasa melayu. Setelah saya berfikir, saya rasa pun kalau sekarang masih cuti sekolah, bila lagi hendak buka sekolah. Tak kan sebulan pun tidak cukup. Kalau semua itu tidak berakhir, pasti murid-murid akan jadi pemalas. Kerja sekolah pun tak nak buat. Macam mana nak jadi pandai... Setelah mendapat keputusan peperiksaan penggal lalu, saya berasa syukur kerana saya lulus dalam semua subjek. Alhamdulillah.... Saya dapat tempat yang keempat untuk kelas saya. Walau bagaimana pun saya pasti boleh buat lebih baik pada peperiksaan penggal ini. Saya mesti dengar kata ibu dan bapa saya, juga tidak lupa nasihat guru-guru saya kalau hendak buat lebih baik dan mendapat keputusan peperiksaan yang lebih cemerlang. Saya yakin saya akan dapatkan apa yang saya inginkan jika saya ada semangat dalam diri saya. Saya akan mengikuti jejak makcik saya yang juga dalam aliran ekspres ketika dia dalam sekolah menengah. Dia dapat agregat 222 dalam PSLE dan agregat itu tidak jauh dari agregat yang saya perolehi. Akhirnya dia dapat masuk ke Universiti dan telah mendapat ijazah. Kalau makcik saya boleh mendapat ijazah Universiti, pasti saya pun boleh. Tidak ada apa-apa pun yang mustahil. Saya pun hendak menjadi seorang yang berjaya macam makcik saya dan membuatkan ibubapa saya gembira terhadap kejayaan yang saya perolehi.