Masa berlalu dengan begitu cepat. Peperiksaan akan diadakan minggu depan. Aku berasa tidak sedia untuk periksa minggu depan. Aku masih ada sedikit masalah dengan subjek Mathematicsku. Ish! Kenapa ia akan diadakan awal-awal? Minggu depan, pada hari Rabu ialah kertas ujian pertamaku iaitu subjek History. Hari ini aku akan terus belajar apabila aku sudah sampai rumah. Aku mesti lulus dalam semua subjek. Aku hendak membuktikan yang aku boleh lulus. Walaupun aku tidak buat begitu bagus dalam ujian yang lalu, aku pasti aku akan mendapat keputusan yang jauh lebih baik dalam ujian kali ini. Aku tidak boleh putus asa. Aku boleh lulus! :) Aku harap guru-guru yang membuat kertas ujian menengah satu itu tidak akan memberikan soalan yang susah-susah. Aku mengatakan pada diriku yang kalau murid lain boleh lulus, aku pun boleh lulus. Aku sedar yang selalunya sebelum ujian diadakan, aku mesti katakan yang soalannya mesti susah-susah tetapi apabila sudah mendapat keputusannya, barulah aku tahu bahawa kertasnya senang ataupun susah. Itu sahaja dari aku untuk hari ini. Sekian. Terima Kasih! :)