Tajuk Cerpen: Iowamu Iowaku Jua
Tarikh artikel: 20 April 2008
Pemberita/sumber: Ridhwan Anuar/Berita Minggu
Ringkasan Cerita (tidak kurang daripada 50 patah perkataan):Cerpen ini ialah tentang seorang lelaki yang mempunyai kenalan yang senasib dengan jirannya, Mike Anthony, yang meninggal dunia akibat terlalu banyak masalah dan akhirnya dia membunuh diri. Mike pernah berjaya dalam hidup dengan kerjayanya sebagai seorang penjual insurans. Kenalan lelaki itu yang bernama Peter pun boleh dikatakan senasib dengan Mike Anthony cuma bezanya, Peter berjaya dalam kerjayanya sebagai seorang jurujual kereta. Selepas apa yang terjadi terhadap Peter, Peter sudah tidak lagi bersama keluarganya dan asyik bersendirian. Peter tidak membunuh diri, dia cuma tidak tahu apa yang hendak dia lakukan selepas kejadian yang menimpanya dan mengaku dirinya gagal dalam hidup. Lelaki yang hendak kenal-kenalan dengannya hendak menolongnya mengbangkitkan semangat yang mulai luntur dalam diri Peter.
Komen/pengajaran (tidak kurang daripada 30 patah perkataan):Pengajaran yang saya perolehi selepas membaca cerpen ini ialah supaya mempedulikan kata orang kalau kita tahu bahawa kita bersikap betul dan tidak membuat sebarang kesalahan. Kita tidak patut berdiam diri kalau orang mengatakan perkara yang tidak betul terhadap kita. Semua manusia membuat kesalahan. Paling utama sekali, kita tidak patut putus asa walaupun kita telah membuat kesalahan. Kita mesti teruskan sedaya upaya hingga tahap yang kita sudah tidak boleh membuat apa-apa. Untuk komen pula, cerpen ini ada beberapa kesalahan ejaan.
Makna 3 perkataan:1. arif ~ mengetahui atau memahami sesuatu secara terperinci.
2. purnama ~ bulan (tiga puluh hari)
3. luntur ~ hilang atau berkurang.
Peribahasa yang sesuai dan maknanya:ringan tulang ~ suka menolong. :)