14Mac2008
Aku cuma ada tiga jam untuk tidur. Semalam pada waktu 2.30-3.30pagi, aku ada 'duty' yang mesti diselesaikan dan aku tidur pada waktu 3.30pagi. Pada pukul 5.30pagi, aku bangun dari tidur dan siap-siap untuk membuat aktiviti yang seterusnya. Sebelum aku pulang, aku telah diarahkan untuk mencuci sink dan membersihkan meja makan di kantin sekolah. Setiap kesalahan aku mesti membuat 'push up'. Pada waktu 2.20 aku sudah boleh pulang. Setelah aku tiba di rumahku, aku terus mandi dan makan. Aku sangat letih dan seawal pukul 5, aku sudah tidur sehingga pukul 8.30 keesokan harinya.