Setelah cuti sekolah sudah tamat, saya rasa sedikit sedih. Saya masih rasakan keseronokan sewaktu cuti sekolah. Boleh bangun tidur lambat, tidak ada banyak sangat kerja sekolah, boleh main komputer, dan sebagainya. Setelah sekolah telah dibuka semula, saya macam masih rasa gembira kerana dapat bertemu sahabat-sahabat saya yang boleh dikatakan sebulan tidak bertemu. Apabila saya berada di sekolah, saya pun berasa sedikit pelik kerana guru-guru subjek saya pun sudah lain, kecuali guru subjek Geography dan bahasa melayu. Setelah saya berfikir, saya rasa pun kalau sekarang masih cuti sekolah, bila lagi hendak buka sekolah. Tak kan sebulan pun tidak cukup. Kalau semua itu tidak berakhir, pasti murid-murid akan jadi pemalas. Kerja sekolah pun tak nak buat. Macam mana nak jadi pandai... Setelah mendapat keputusan peperiksaan penggal lalu, saya berasa syukur kerana saya lulus dalam semua subjek. Alhamdulillah.... Saya dapat tempat yang keempat untuk kelas saya. Walau bagaimana pun saya pasti boleh buat lebih baik pada peperiksaan penggal ini. Saya mesti dengar kata ibu dan bapa saya, juga tidak lupa nasihat guru-guru saya kalau hendak buat lebih baik dan mendapat keputusan peperiksaan yang lebih cemerlang. Saya yakin saya akan dapatkan apa yang saya inginkan jika saya ada semangat dalam diri saya. Saya akan mengikuti jejak makcik saya yang juga dalam aliran ekspres ketika dia dalam sekolah menengah. Dia dapat agregat 222 dalam PSLE dan agregat itu tidak jauh dari agregat yang saya perolehi. Akhirnya dia dapat masuk ke Universiti dan telah mendapat ijazah. Kalau makcik saya boleh mendapat ijazah Universiti, pasti saya pun boleh. Tidak ada apa-apa pun yang mustahil. Saya pun hendak menjadi seorang yang berjaya macam makcik saya dan membuatkan ibubapa saya gembira terhadap kejayaan yang saya perolehi.
Pengajaran yang aku perolehi setelah membaca buku cerita yang bertajuk 'Melodi Cinta' ialah supaya rajin dan usaha kerana itulah tangga kejayaan. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Itu sahaja yang aku hendak sampaikan hari ini. Terima kasih. (:
Aku telah mendapati beberapa keputusan peperiksaan pertengahan tahun. Aku berasa sedikit sedih kerana aku tidak mendapat markah yang begitu baik untuk salah satu kertas peperiksaanku. Aku katakan pada diriku ini yang aku tidak harus putus asa. Aku boleh mendapat keputusan yang lebih baik dalam kertas peperiksaan akhir tahun yang akan diadakan tidak lama lagi. Aku anggap semua ini ialah dugaan dan cabaran yang aku hadapi. Aku akan terus berusaha untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang. Kalau sahabat-sahabatku boleh lulus, aku pun boleh lulus. Aku mesti banyak membaca buku cerita. Aku yakin yang aku pasti boleh lulus dalam semua subjek kalau aku tekun belajar dan selalu membaca buku cerita. ARYANTY BOLEH! :)
Masa berlalu dengan begitu cepat. Peperiksaan akan diadakan minggu depan. Aku berasa tidak sedia untuk periksa minggu depan. Aku masih ada sedikit masalah dengan subjek Mathematicsku. Ish! Kenapa ia akan diadakan awal-awal? Minggu depan, pada hari Rabu ialah kertas ujian pertamaku iaitu subjek History. Hari ini aku akan terus belajar apabila aku sudah sampai rumah. Aku mesti lulus dalam semua subjek. Aku hendak membuktikan yang aku boleh lulus. Walaupun aku tidak buat begitu bagus dalam ujian yang lalu, aku pasti aku akan mendapat keputusan yang jauh lebih baik dalam ujian kali ini. Aku tidak boleh putus asa. Aku boleh lulus! :) Aku harap guru-guru yang membuat kertas ujian menengah satu itu tidak akan memberikan soalan yang susah-susah. Aku mengatakan pada diriku yang kalau murid lain boleh lulus, aku pun boleh lulus. Aku sedar yang selalunya sebelum ujian diadakan, aku mesti katakan yang soalannya mesti susah-susah tetapi apabila sudah mendapat keputusannya, barulah aku tahu bahawa kertasnya senang ataupun susah. Itu sahaja dari aku untuk hari ini. Sekian. Terima Kasih! :)


Tajuk Cerpen: Iowamu Iowaku Jua
Tarikh artikel: 20 April 2008
Pemberita/sumber: Ridhwan Anuar/Berita Minggu
Ringkasan Cerita (tidak kurang daripada 50 patah perkataan):Cerpen ini ialah tentang seorang lelaki yang mempunyai kenalan yang senasib dengan jirannya, Mike Anthony, yang meninggal dunia akibat terlalu banyak masalah dan akhirnya dia membunuh diri. Mike pernah berjaya dalam hidup dengan kerjayanya sebagai seorang penjual insurans. Kenalan lelaki itu yang bernama Peter pun boleh dikatakan senasib dengan Mike Anthony cuma bezanya, Peter berjaya dalam kerjayanya sebagai seorang jurujual kereta. Selepas apa yang terjadi terhadap Peter, Peter sudah tidak lagi bersama keluarganya dan asyik bersendirian. Peter tidak membunuh diri, dia cuma tidak tahu apa yang hendak dia lakukan selepas kejadian yang menimpanya dan mengaku dirinya gagal dalam hidup. Lelaki yang hendak kenal-kenalan dengannya hendak menolongnya mengbangkitkan semangat yang mulai luntur dalam diri Peter.
Komen/pengajaran (tidak kurang daripada 30 patah perkataan):Pengajaran yang saya perolehi selepas membaca cerpen ini ialah supaya mempedulikan kata orang kalau kita tahu bahawa kita bersikap betul dan tidak membuat sebarang kesalahan. Kita tidak patut berdiam diri kalau orang mengatakan perkara yang tidak betul terhadap kita. Semua manusia membuat kesalahan. Paling utama sekali, kita tidak patut putus asa walaupun kita telah membuat kesalahan. Kita mesti teruskan sedaya upaya hingga tahap yang kita sudah tidak boleh membuat apa-apa. Untuk komen pula, cerpen ini ada beberapa kesalahan ejaan.
Makna 3 perkataan:1. arif ~ mengetahui atau memahami sesuatu secara terperinci.
2. purnama ~ bulan (tiga puluh hari)
3. luntur ~ hilang atau berkurang.
Peribahasa yang sesuai dan maknanya:ringan tulang ~ suka menolong. :)




Tempat yang aku ingin pergi ialah negeri "China". Saya ingin sekali ingin ke Tembok besar yang popular di sana. Tembok besar pertama telah dibina sewaktu pemerintahan
Maharaja Pertama Dinasti Qin. Tembok Besar telah dibina dengan menggabungkan beberapa tembok sedia ada yang dibina pada
Zaman Negara-Negara Berperang. Tembok Besar asal ini terletak lebih utara dari Tembok Besar yang masih wujud hari ini, dan hujung timurnya sampai di
Korea Utara hari ini. Tetapi sebahagian besar tembok besar pertama ini sudah binasa.
Kerajaan telah mengarahkan para petani membina tembok ini, dan ramai yang mati ketika membinanya. Oleh itu, ia juga digelar 'kubur terpanjang di Bumi'.Tembok Besar yang kita lihat hari ini ialah hasil pembangunan
Dinasti Ming. Bahagian dalam tembok berisi tanah yang bercampur dengan batu-batan. Bahagian atasnya dibuat jalan utama untuk pasukan berkuda Negeri China. Ia lebih kukuh dan tahan lebih lama. Fungsi utama tembok ini ialah untuk menahan serangan puak-puak nomad dari utara.
Tembok Besar Dinasty Ming bermula di timur dari Kubu Shanhai, dekat Qinhuangdao di Wilayah Hebei. Ia melalui 9 wilayah, 100 daerah dan bahagian 500 km terakhir di barat sudah musnah sepenuhnya. Hujung di bahagian baratnya hari ini terletak di tempat bersejarah Jiayuguan (kubu Jiayu) di barat laut wilayah Gansu, pada hujung
Jalan Sutera. Aku tidak sabar lagi untuk ke sana. Seandainya aku dapat ke sana.